Tuesday, July 28, 2009

PENCEMARAN BAHASA

Bahasa Melayu bukan sahaja baru di cipta atau di perkenalkan. Malahan bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sejak dari zaman itu bahasa Melayu telah di angkat sebagai bahasa yang utama dan di gunakan dalam pelbagai kegiatan seharian, dari percakapan seharian sehinggalah kepada penggunaan rasmi dalam istana.

Kini, bahasa melayu telah di angkat sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu yang di agung-agungkan oleh masyrakat Melayu itu sendiri sekali lagi teruji kewibawaannya. Bahasa ini teruji apabila sistem pengajaran matematik dan sains yang selama ini di ajarkan dalam bahasa Melayu ditukarkan fomat pengajaran ke dalam bahasa Inggeris ataubahasa penjajah. Pertukaran fomat pengajaran ke dalam bahasa Inggeris yang berlaku ini bukan sahaja mencemarkan bahasa Melayu bahkan menjatuhkan maruah bahasa itu sendiri. Hal ini kerana bahasa Melayu yang sekian lama di gunakan dalam sistem pendidikan ditukar ke bahasa yang perlu di ajar.

Penggunaan bahasa ini bukan sahaja mencemarkan bahasa Melayu, bahkan menjadi masalah golongan percubaan yang terdiri daripada anak bangsa kita sendiri yang menjadi mangsa. Pelajar eksperimen inilah yang akan terhuyung-hayang mencari realiti bahasa yang perlu di gunakan sedangkan mereka tidak mahir dalam bahasa yang di gunakan. Disini dapat dilihat pencemaran bahasa telah berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Setelah pelbagai pihak memperjuangkan bahasa Melayu untuk digunakan semula dalam sistem pengajaran matematik dan sains di sekolah-sekolah, akhirnya golongan yang merosakkan bahasa Melayu akhirnya mengaku kalah dengan hujah-hujah dan bukti demi bukti di utarakan pihak tersebut telah mengkaji semula dasar yang telah di keluarkan. Oleh itu bertanyakan dulu kepada golongan cerdik pandai untuk mengusulkan sesuatu perkara agar bangsa sendiri tidak terabai. Sehubungan itu semua pihak harus pandai menilai sendiri bahasa yang di gunakan agar tidak menyakitkan hati orang lain dan dapat mengelakkan pencemaran bahasa itu sendiri.

1 comment:

  1. Isu yang melibatkan bahasa amat berkait rapat dengan nilai dan buadaya sesuatu bangsa. Bak akta pepatah, bahasa mencerminkan bangsa. Jadi, kita haruslah berfikir dan bertindak dengan lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan terutamanya keputusan yang akan dibuat melibatkan pelbagai pihak dan menyentuh sensitiviti seuatu bangsa. Walaupun kita mengejar kepesatan global namun asal usul bangsa jangan kita pandang remeh dan mengabaikannya.

    ReplyDelete