Tuesday, October 20, 2009

sakit kepala.......

adui3........
sakit kpala makin bertambah......
dengan asment yang banyak.........
dengan tesis yang entah di mana.....
nasib baik laaaa ayahnda aku ada
boleh laa dia tlg aku slsaikan masalah aku nie
ermmm kawan2 aku smua........
enjoy je aku tgk sek dio
cam xde mslah jeeeee
klu aku extand cam ne..........
hai..... susah gak nie..........
risau aku takut kna exstand.....
pe pon berserah pada yang berkuasa je laaaa

Sunday, September 6, 2009

sajak perjuangan (kluang)

Pepatah MELAYu ada menyatakan!!!
kemana Tumpah kuah kalau tidak ke nasi
andai bapa seorang ulama
adakah anak bakal menjadi ulama?
andai Bapa seorang guru
adakah anak bakal menjadi guru?
andai bapa seorang perniaga
adakah anak bakal menjadi peniaga?
benarkah pepatah ini boleh dijadikan pegangan kita?
mungkin TIDAK!!!!
apa yang sebenarnya adalah
Bapaknya bapa pembangunan
Anaknya bapa kemusnahan!
Bapanya berjuang membela Rakyat
anaknya pengkhinat perjuangan rakyat
bapanya bekorban membina kejayaan
anaknya rakus mengumpul kekayaan
bapanya bejuang untuk pertiwi
anaknya berjuang untuk kroni
Bapanya berjuang memupuk perpaduan
Anaknya pantas mencipta perpecahan
Bapanya gigih membela keadilan
Anaknya rakus melakukan kezaliman
Bapanya dikelilingi penasihat berwibawa
Anaknya diawasi rosmah puaka..
dan bila bapanya berjuang demi negara
Anaknya pula berjuang DEMI ALTANTUYA!!!!!
akhirnya musnahlah malaysia tercinta
Angkara siapa?
angkara si dia....

Saturday, August 15, 2009

letih-letih......

smekom semua, nok kongsi dengan sain-sain linguistik semua nie, susahnye nak cari kosa ilmu nie. Macam-macam masalah yang timbul, buku tak jumpa laa. Mungkin usaha aku masih tak mencukupi lagi kot. Sekarang nie majlis konvo pon dah bermula ramai pula kawan-kawan aku yang konvo semesta nie. Kegembiraan jelas timbul di mata mereka semua. Aku juga turut gembira dengan keadaan itu. Kegusaran dalam hati hilang seketika walaupun kepala pening memikirkan nak buat ape la untuk minggu 13 ni, ape laa yang aku nak cakap nanti......
Sama-sama nantikan minggu 13 nie, aku tau kawan-kawan semua tak sabar nantikan ketibaan minggu keramat tersebut....hehehehe

Tuesday, July 28, 2009

PENCEMARAN BAHASA

Bahasa Melayu bukan sahaja baru di cipta atau di perkenalkan. Malahan bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sejak dari zaman itu bahasa Melayu telah di angkat sebagai bahasa yang utama dan di gunakan dalam pelbagai kegiatan seharian, dari percakapan seharian sehinggalah kepada penggunaan rasmi dalam istana.

Kini, bahasa melayu telah di angkat sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu yang di agung-agungkan oleh masyrakat Melayu itu sendiri sekali lagi teruji kewibawaannya. Bahasa ini teruji apabila sistem pengajaran matematik dan sains yang selama ini di ajarkan dalam bahasa Melayu ditukarkan fomat pengajaran ke dalam bahasa Inggeris ataubahasa penjajah. Pertukaran fomat pengajaran ke dalam bahasa Inggeris yang berlaku ini bukan sahaja mencemarkan bahasa Melayu bahkan menjatuhkan maruah bahasa itu sendiri. Hal ini kerana bahasa Melayu yang sekian lama di gunakan dalam sistem pendidikan ditukar ke bahasa yang perlu di ajar.

Penggunaan bahasa ini bukan sahaja mencemarkan bahasa Melayu, bahkan menjadi masalah golongan percubaan yang terdiri daripada anak bangsa kita sendiri yang menjadi mangsa. Pelajar eksperimen inilah yang akan terhuyung-hayang mencari realiti bahasa yang perlu di gunakan sedangkan mereka tidak mahir dalam bahasa yang di gunakan. Disini dapat dilihat pencemaran bahasa telah berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Setelah pelbagai pihak memperjuangkan bahasa Melayu untuk digunakan semula dalam sistem pengajaran matematik dan sains di sekolah-sekolah, akhirnya golongan yang merosakkan bahasa Melayu akhirnya mengaku kalah dengan hujah-hujah dan bukti demi bukti di utarakan pihak tersebut telah mengkaji semula dasar yang telah di keluarkan. Oleh itu bertanyakan dulu kepada golongan cerdik pandai untuk mengusulkan sesuatu perkara agar bangsa sendiri tidak terabai. Sehubungan itu semua pihak harus pandai menilai sendiri bahasa yang di gunakan agar tidak menyakitkan hati orang lain dan dapat mengelakkan pencemaran bahasa itu sendiri.